Sokongan Melayu Terhadap Mahathir Semakin Merosot

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...

Lelaki Warga Malaysia Dipercayai Bunuh Diri Dalam Lokap Thailand

KANGAR - Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan meninggal dunia semasa berada dalam lokap Polis Daerah Padang Besar, Sadao, Thailand, Jumaat lalu. Lelaki yang berasal dari...

PAS, Umno & Bersatu Tak Boleh Berpisah – Hadi

Cyberjaya - PAS, Umno dan Bersatu tidak boleh berpisah dalam arena politik negara hari ini. Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang beekata demikian dalam status...

Kuala Lumpur – Sokongan merudum terhadap Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja berlaku dalam Bersatu tetapi juga dalam kalangan pengundi Melayu yang sebelum PRU14 menyokong beliau, kata penganalisis politik.

Menurut Prof Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sokongan terhadap bekas perdana menteri itu menurun sejak beliau mentadbir kerajaan Pakatan Harapan lagi, atas faktor prestasi menteri di bawahnya.

“Apabila beliau letak jawatan perdana menteri, populariti Dr Mahathir semakin merundum dan ditambah persengketaan terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya melihat pengaruh Mahathir terhadap pengundi Melayu bukan sahaja di luar bandar tapi di bandar juga berada dalam tahap yang agak minimum,” katanya seperti dipetik sebuah portal.

Prof Dr Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) turut sependapat dengan Azmi, berkata kaum Melayu memandang tinggi terhadap Mahathir sebelum ini, sehinggalah beliau menyatakan hasratnya untuk menjadi perdana menteri buat kali ketiga.

‘Bila PKR tolak, politik Dr M sampai ke penghujung’

“Tahap populariti Tun M semakin berkurangan berbanding sebelum ini. Tak sepatutnya beliau menggunakan sentimen Melayu-Cina bagi meraihkan popularitinya kembali,” katanya yang merujuk kepada temubual Mahathir dengan Asian Times.

Dalam temubual tersebut, Mahathir menjelaskan tentang jurang kekayaan antara dua kaum itu di Malaysia dan mendakwa masyarakat Cina telah menjadi sangat kaya dan boleh dikatakan “memiliki semua bandar di Malaysia.”

“Sebelum ini orang Melayu hormat beliau tetapi bila beliau masih bercita-cita mahu jadi perdana menteri untuk kali ketiga macam ada ‘something wrong’ (ada yang tak kena) dengan tindakan beliau.

“Politik Mahathir dah sampai penghujung bila mana Anwar dan PKR menolak pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri kali ketiga.

“Mungkin Mahathir ada agenda lain tak mahu Anwar jadi perdana menteri. Langkah Anwar adalah langkah tepat untuk tidak menerima Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi,” kata Rusdi.

Sementara itu Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani dari UUM pula merasakan sokongan utama Mahathir yang sebelum ini datang dari Melayu luar bandar semakin berkurangan setelah beliau dipecat dari Bersatu.

“Mahathir sekarang tiada platform politik selepas terkeluar dari Bersatu. Mahathir belum secara rasmi adalah sebahagian daripada PH. Mahathir perlukan platform politik,” jelasnya.

Menurut Azizuddin sokongan kepada Anwar yang terdiri daripada golongan Melayu Islamik bandar yang progresif, Melayu profesional serta belia bawah 40 tahun juga telah terjejas.

“Ini dengan meningkatnya sokongan orang Melayu kepada Umno dan PAS setelah sentimen kemelayuan yang dimainkan kedua-dua parti,” katanya.

Bagaimanapun, Rusdi dan Azmi melihat populariti Anwar di kalangan Melayu tidak banyak perbezaan sejak beliau menubuhkan PKR pada tahun 1998.

Azmi berkata presiden PKR itu kemungkinan berdepan dengan kekurangan sokongan pengundi Melayu kini, tetapi tidak begitu ketara berbanding Mahathir.

Ini kerana menurutnya, kekuatan politik Anwar tidak banyak bergantung kepada sokongan pengundi Melayu sejak dari era reformasi sehingga kini.

“Tapi politik Malaysia bukan hanya berkisar dengan pengundi Melayu dan senario sebegini memberi kelebihan politik kepada Anwar.

“Senario Anwar tidak banyak bergantung kepada pengundi Melayu beri kelebihan kerana ketika ini pengundi Melayu lebih selesa dengan Muafakat Nasional (MN).

“Jadi PH untuk tarik pengundi Melayu akan terkekang tetapi Anwar mampu tarik minat bukan Melayu dan ini kelebihan Anwar berbanding Dr Mahathir,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...