SPRM dah periksa, tiada kesalahan melibatkan suami Hannah Yeoh – Azam Baki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah meneliti dan memeriksa hal berkaitan pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada Ramachandran Muniandy, iaitu suami kepada Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menurut Azam, berdasarkan pemeriksaan dengan agensi-agensi berkaitan, tiada sebarang elemen kesalahan wujud di dalam pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada suami Hannah.

Azam turut menegaskan tidak terdapat sebarang konflik kepentingan peribadi dalam pemberian kontrak tersebut.

“Saya telah mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya untuk menyemak terlebih dahulu sebelum sebarang siasatan interim dilakukan termasuk semakan dalam talian bersama Surujaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Kita (SPRM) mempunyai kemudahan itu jadi mudah untuk kita semak termasuk dengan agensi lain bagi mengesan sama ada terdapat sebarang konflik kepentingan peribadi dan sebagainya.

“Kami sudah semak dengan terperinci, jadi apa lagi yang boleh dilakukan, tiada apa yang boleh kami lakukan. Mahu saya menelefon Hannah? Panggil suaminya? Supaya kami boleh rakam keterangan? Itu yang semua mahu saya lakukan? Adakah itu adil buat mereka,’’ katanya, lapor Astro Awani di Putrajaya pada Selasa.

Tambahnya, pihaknya juga menegaskan segala unsur siasatan diserahkan sepenuh kepada pihak berkuasa seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Apa yang boleh saya cakap seperti yang disebut Perdana Menteri, serahkan (perkara) ini kepada pihak berkuasa, anda sering bertanyakan mengenai perkara ini beberapa kali dan bertanya kepada beliau (Perdana Menteri) mengenai kes ini.

“Perkara ini bukan daripada arahan beliau dan segalanya selepas ini terserah kepada kami sebagai pihak berkuasa,” tambahnya.

Anwar sebelum ini berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami kepada Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau mengulas sekiranya ada laporan, pihak bertanggungjawab perlu bersikap telus dalam proses siasatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat