Ramai yang pergi tidak akan kembali kepada UMNO – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa ramai ahli yang sebelum ini meninggalkan UMNO tidak akan lagi kembali menyertai parti itu.

Annuar yang kini Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengenai peluang kedua kepada bekas ahli yang memohon semula keahlian selepas disingkirkan semasa proses pemutihan parti.

“Rakan media berulang kali minta reaksi saya mengenai kenyataan pemimpin tertentu bahawa UMNO mahu mengambil semula ahli yang di singkir sebelum ini.

“Saya awalnya enggan memberi reaksi, pertama kerana kenyataan itu tiada wibawa. Dalam UMNO sekarang hanya seorang memutuskan semua perkara. Yang lain hanya mengikut telunjuk.Justeru kenyataan seorang ahli MKT tak perlu diberi perhatian serius

“Kedua,pandangan saya tidak releven kerana terpulang pada mereka berkenaan kalau mereka mahu ke mana dalam politik.Itu hak individu. Yang pasti ada pilihan yang banyak..tepuk dada tanya selera.

“Ketiga pada pandangan saya tidak ada mana mana parti boleh anggap mereka sebagai ‘indispensable’ atau tidak boleh berganti. Satu tolak berpuluh yang lain membuka pintu dan menanti.

“Pokok pangkalnya kita perlu bertanya diri untuk apa kita mendukung atau menyokong sesuatu parti. Apa lagi jika parti itu sudah jelas rosak angkara pemimpinnya,tidak releven dan ditolak oleh rakyat secara total dan nyata,” katanya, dipetik dari kenyataan di Facebook.

Justeru itu dakwanya lagi, tidak hairan kalau beribu ribu cawangan terbiar dan gagal atau enggan bermesyuarat.

“Berjuta penyokong menukar kiblat dari satu PRU ke satu PRU.Ratusan ribu ahli tidak segan silu memilih untuk tidak ikut “menjilat” malah sebaliknya tidak takut untuk memberi pelbagai isyarat..memilih haluan sendiri dan menukar kiblat

“Yang pasti,ramai yang pergi tidak akan kembali lagi,” katanya.

Beliau turut mendakwa pemimpin UMNO berdiam diri mengenai isu UiTM digelar sebagai ‘apartheid’.

“Jelas deria politik mereka telah dikembirikan perlahan lahan. Apabila UITM digelar apartheid mereka diam.

“Ada “titah” pada kerajaan mereka sendiwarakan.SST di naikkan dan GST yg dulu di perjuang mereka diam. Tarif air, cukai pintu,bil elektrik membebankan mereka buat tak faham.

“Harga barang semakin mahal mereka pura pura tak nampak.Jemaah haji terbeban mereka tak peduli. Nilai ringgit merudum mereka boleh senyum.Hatta aset strategik negara di jual kpd entiti yang di protes satu dunia pun mereka kekal membisu.

“Sebaliknya penulis neratif mereka semakin sibuk merekacipta justifikasi menghalalkan tindakan pemimpin mereka. Jangan sesiapa cuba menegur buruk padahnya.Mereka digalakkan untuk terus mencerca,” katanya lagi.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat