Penuntut IPT, Belia Layak Tebus e-Tunai eBelia Bermula 1 Jun Ini – Tengku Zafrul

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan tetap komited dalam membantu rakyat, termasuklah golongan belia, demikian penegasan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Tengku Zafrul, eBelia adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan ditambah baik di bawah Pakej Bantuan PEMERKASA dengan peruntukan RM300 juta untuk menyalurkan RM150 kredit e-tunai menerusi 4 penyedia perkhidmatan terpilih iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n’ Go eWallet. ⠀

“Jika anda seorang yang berumur 18-20 tahun, ATAU penuntut sepenuh masa di IPT tempatan, anda layak untuk menebus kredit e-tunai eBelia. ⠀

“Bersedia untuk menebus kredit e-tunai eBelia anda bermula 1 Jun 2021,” katanya, dipetik dari Facebook beliau hari ini.


Ujarnya lagi, selain dari meringankan beban belia, inisiatif ini juga menggalakkan pembelian tanpa tunai dan merancakkan ekonomi tempatan atas talian. ⠀

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat