‘Mok Marah Orang Tak Nak Vaksin, Terbaik Mok!’

- Advertisement -

CYBERJAYA: Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Imah @imnadamr mencuit perhatian ramai mengenai Mok (Opah) telah menerima suntikan vaksin.

Tulis Imah, Mok (Opah) marah orang tak nak vaksin, terbaik mok!.

“Helloo my 83yo grandma dah complete vaksin, Alhamdulillah walaupun orang kampung pakat taknak register, mok tidak tergugat. Ada la nervous takut (sebab ramaiii kata 2nd dose sakit). Mok marah orang taknak vaksin, terbaik mok!” catitnya lagi.

Kata Imah lagi, untuk suntikan pertama, semua berjalan lancar, Alhamdulillah, Cuma jelasnya, malam itu rasa lenguh kat tempat cucuk, tidak ada demam, sakit lemah tubuh badan dan lain-lain.

Ciapan tersebut juga dikongsi juga oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Zahidi Zainul Abidin di laman Facebooknya.

“Update: Maghrib tadi makan panadol. Malam ini ada rasa lenguh-lenguh kat tempat injection. Kaki rasa macam mencuck-cucuk tapi makin hilang dah. Takde tanda demam, sakit tubuh pening loya semua tu alhamdulillah,

“Subuh tadi start rasa lenguh-;enguh badan terutamanya lengan kiti yang dicucuk. Tapi okay je aktiviti jugak macam biasa. Boleh makan, bangun, berjalan lagi. Tak demam. Harap cepat-cepat baik,

“83yo grandma! so proud, Jom share gambar atok nenek masing-masing moga jadi asbab untuk ramai laggi daftar dan pergi vaksin,” nasihatnya.

Disamping itu tulisnya lagi, dia berharap dan berdoa moknya tak ada kesan sampingan yang teruk berlaku. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat