Mahathir Dipecat Dari Bersatu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari parti itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Mohammad Suhaimi Yahya melalui sepucuk surat bertarikh 28 Mei sebentar tadi.

“Melalui notis bertarikh 15 Mei 2020 YB Tun memaklumkan kedudukan kerusi YB Tun di Parlimen adalah di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu.

“Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020 YB Tun juga telah menyertai dan duduk di blok pembangkang.

“Maka dengan ini, dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keahlian YB Tun dalam Bersatu terhenti serta merta,” memetik kenyataan surat tersebut.

Selain Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Maszlee Malek dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat