Agong Pun Tonton TV, Buat Sidang Buktikan Sokongan Majoriti MP

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.3 – 7.5 Peratus Tahun Depan

Agensi-agensi antarabangsa mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 akan berada dalam sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus, kata Menteri Kewangan Tengku...

PDRM Panggil Wartawan Al-Jazeera Petang Ini

Putrajaya - Bukit Aman akan memanggil wartawan Al-Jazeera dan agensi berita itu berikutan didakwa berniat memburukkan imej negara menerusi laporan dokumentari pengendalian pendatang asing...

Khairuddin Isytihar Keluar Pakatan, Kerana Anwar ‘Sewel’ Dipilih Calon PM

KUALA LUMPUR – Bekas pengasas PPBM dan Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan keluar daripada gabungan tersebut serta-merta. Keputusan itu susulan daripada keputusan...

SPRM Tahan Tiga Beranak Jadi Dalang Tuntutan Palsu Perkeso

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga beranak dipercayai menjadi dalang membuat tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Menurut sumber kepada Sinar...

Shabudin Yahaya Dilantik Jadi Timbalan Menteri

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya hari ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Persekutuan yang bertanggungjaab dalam dalam portfolio Parlimen dan Undang-undang. Dalam...

Kuala Lumpur – Pakatan Harapan (PH) diminta untuk segera mengadakan sidang akhbar bagi membuktikan dakwaan kononnya mereka telah mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan.

Menurut Penganalisa Politik, Ab Jalil Backer tindakan itu secara tidak langsung akan menyebabkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa untuk meletakkan jawatan.

“Kalau saya ada sokongan 129 Ahli Parlimen, saya akan panggil sidang media dan bariskan 129 orang tersebut.

“Jika ini berlaku Perdana Menteri pun tiada pilihan kecuali letak jawatan atau mohon bubarkan parlimen.

“Buat apa ulang-ulang ada jumlah mencukupi untuk jumpa YDP Agong. Tidak perlu jumpa pun boleh saja buktikan. Agong pun menonton tv juga,” katanya secara sinis sebentar tadi.

Ab Jalil turut mengariskan dua langkah yang dibolehkan oleh Perlembagaan untuk menukar tampuk kepimpinan kerajaan yang diterajui okeh Muhyiddin.

“Pertama ialah mengumpulkan majoriti ahli Parlimen yang menyatakan mereka telah hilang kepercayaan kepada PM. Ini boleh dilakukan sama ada melalui sidang Dewan Rakyat, akuan bersumpah atau sidang media serentak.

“Kedua, ialah dengan menggagalkan udian Bajet 2021 pada Oktober 2020 nanti.

“Jika berlaku salah satu dari dua perkara di atas, adalah menjadi tanggungjawab Muhyiddin berjumpa YDP Agong untuk memaklumkan beliau telah hilang sokongan majoriti Dewan Rakyat,” tegasnya lagi.

Sementara itu Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razak berkata, jika PH kembali mendapat sokongan majoriti tanpa melalui pilihan raya, gabungan parti itu perlu berhati-hati dengan memuktamadkan perjanjian yang kemas termasuk jawatan perdana menteri diserah kepada Anwar Ibrahim.

“Syarat-syarat yang membina sokongan itu perlu ketat, telus, serta bebas daripada elemen sogokan.

“Budaya membalas budi dengan jawatan seperti yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional tidak boleh wujud dalam kepimpinan PH. Anwar wajar diangkat sebagai calon tunggal perdana menteri oleh PH,” katanya.

Katanya, PH sebelum ini menunaikan janji dengan mengangkat Dr Mahathir Mohamad, maka kerajaan PH 2.0 nanti perlu memberi peluang kepada Anwar.

Semalam blogger PH, Shahbudin Husin mendakwa pembangkang telah mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan bagi mengantikan Perikatan Nasional (PN).

Malah dia turut membayangkan gabungan Mahathir-Anwar hanya menunggu masa yang sesuai untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PDRM Panggil Wartawan Al-Jazeera Petang Ini

Putrajaya - Bukit Aman akan memanggil wartawan Al-Jazeera dan agensi berita itu berikutan didakwa berniat memburukkan imej negara menerusi laporan dokumentari pengendalian pendatang asing...

Khairuddin Isytihar Keluar Pakatan, Kerana Anwar ‘Sewel’ Dipilih Calon PM

KUALA LUMPUR – Bekas pengasas PPBM dan Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan keluar daripada gabungan tersebut serta-merta. Keputusan itu susulan daripada keputusan...

SPRM Tahan Tiga Beranak Jadi Dalang Tuntutan Palsu Perkeso

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga beranak dipercayai menjadi dalang membuat tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Menurut sumber kepada Sinar...