PRN Negeri Sembilan kemungkinan besar tidak ada tapi terserah kepada Yang di-Pertuan Besar – PM

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan dijangka tidak mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di tengah-tengah kemelut politik yang berlaku di negeri itu ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun perkara itu bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kemungkinan besar tidak. Namun ia terpulang kepada Tuanku dan sudah tentu persidangan DUN,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup bersama kepimpinan tertinggi Huawei sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei, menurut Utusan, semalam.

Beliau mengulas sama ada PRN akan diadakan bagi menyelesaikan kemelut di negeri itu.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, sebarang perkembangan mengenai pentadbiran Negeri Sembilan akan diumumkan apabila tiba masanya.

Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan bertemu Anwar dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan.

Zahid dilaporkan berkata, pertemuan itu antara lain akan menyentuh tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat