KKM Terus Jalankan Saringan Komuniti, Elak Berlaku Kluster Besar – Dr Adham Baba

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menjalankan saringan komuniti untuk mengesan jangkitan COVID-19 supaya tindakan kawalan dan pencegahan dapat diambil segera bagi mengelak berlakunya kluster besar, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata KKM berwaspada dengan peningkatan kes COVID-19 terutamanya di Sarawak, Kelantan dan Selangor selepas purata pelaporan kes harian COVID-19 di negara ini melebihi 2,500 kes bermula 20 April lepas.

Dr Adham berkata pihaknya akan meningkatkan saringan menggunakan ‘health screening booth’ di lapangan dengan kerjasama perkhidmatan kesihatan swasta dan sukarelawan kesihatan khususnya di kawasan merah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata saringan bersasar juga akan dilakukan di lokaliti di mana prevelans COVID-19 melebihi 10 peratus berdasarkan ‘concordance test’ menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag).

Dr Adham berkata kawalan sempadan dan pengurusan pengembara dari luar negara bagi mencegah penularan COVID-19 dan varian baharu masuk ke Malaysia turut diperkukuhkan.

“Sempadan negara ditutup kepada kemasukan pengembara dari India susulan peningkatan kes dengan pengesanan varian baharu di negara tersebut.

“Tempoh kuarantin ditingkatkan kepada 14 hari ke atas semua pengembara dari negara-negara yang melaporkan penularan varian of concern dalam negara,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat