43 Sekolah Di Selangor, Negeri Sembilan Ditutup Dua Hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 sekolah di Selangor dan 13 sekolah di Negeri Sembilan diarah ditutup dua hari berikutan penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan warganya.

Di SELANGOR, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata penutupan 30 sekolah hari ini dan esok adalah untuk memastikan kerja sanitasi dibuat dan memberi peluang kepada pelajar untuk membuat saringan.

“Setakat ini keadaan pelajar yang dijangkiti COVID-19 di semua sekolah ini tidak menunjukkan simptom yang teruk dan mereka sedang menerima rawatan,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan pemantauan pemberian vaksin fasa dua COVID-19 di Dewan Sukan Pandamaran, hari ini.

Dr Sha’ari berkata bagi setiap kes yang berlaku Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan akan membuat perbincangan apa langkah yang sepatutnya dilakukan pada sekolah-sekolah yang berisiko dan kuasa untuk menutup sekolah akan dilakukan oleh PPD.

Di NEGERI SEMBILAN pula, Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata 12 buah sekolah diarah tutup hari ini dan esok, manakala sebuah sekolah lagi, SJKC Sino English di Seremban, diarah tutup mulai esok.

Beliau berkata 12 buah sekolah yang diarahkan tutup selama dua hari bermula hari ini ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, SJKC Pei Hua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 3, Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Height.

“Turut diarah tutup hari ini, SK Taman Seri Mawar, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, SJK Tamil Covent, SK Senawang 3, SK Mantin dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, SK Kampung Ladang Gemas dan SMK Kampung Baru Si Rusa,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu terdapat empat buah sekolah dilanjutkan tempoh penutupan iaitu SMK Seremban 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Nilai, SK Desa Cempaka di Nilai dan SK Port Dickson, yang penutupannya dilanjutkan sehingga Jumaat ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat