Fasa Kedua Bayaran Bantuan BPN Bermula 4 Mei Ini

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kerajaan akan membuat bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi fasa ke-2 mulai 4 Mei ini.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz berkata, bayaran itu membabitkan semua penerima BPN daripada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan 40% sederhana (M40), katanya ketika membentangkan Laporan ke-3 Pencapaian BPN di Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan sehingga 26 Apr, lebih 3.26 juta permohonan baru dan rayuan BPN diterima.

“Daripada jumlah ini, 2.96 juta permohonan baru dan 305,000 rayuan. Proses ini akan ditutup pada 30 Apr. Pengumuman pembayaran pula akan dibuat minggu depan selepas proses semakan selesai,” katanya.

BPN untuk meringankan beban B40 dan M40 disediakan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, pelan penyelamat RM250 bilion yang diumumkan pada 27 Mac, beberapa hari selepas PKP dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Pemberian BPN bagi B40 berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup manakala bagi M40 berdasarkan data percukaian LHDN.

Sementara itu, Tengku Zafrul memaklumkan seramai 7.74 juta penerima menerima bayaran BPN fasa pertama, berjumlah RM5.47 bilion.

“Proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank bermula sejak 17 Apr, dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat