Model Terbaharu SUV Proton X90 Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

- Advertisement -

SUBANG JAYA – Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan nama rasmi kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiganya sebagai X90.

Pengenalan nama SUV pemasangan tempatan (CKD) ketiga Proton di Tanjung Malim itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON, Dr Li Chunrong.

Model yang bakal mengukuhkan lagi kedudukan PROTON sebagai pengeluar SUV utama negara memberi tiga penekanan iaitu premium, moden dan kereta keluarga.

Proton X90 serba baharu adalah model segmen baharu bagi PROTON, iaitu segmen-D dan menjadi kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama pengeluar kereta nasional itu.

Empat varian ditawarkan, iaitu tiga varian enam tempat duduk dan satu varian tujuh tempat duduk (varian standard hingga premium). Enam warna juga ditawarkan untuk model X90 ini.

Dari aspek rekaan, ia bukan sahaja premium malah menampilkan pendekatan tanpa sempadan yang dihasilkan PROTON.

Menjengah ke dalam kabin, Proton X90 tampil dengan rekaan moden dan mewah iaitu fokus kepada ketersambungan, gaya ergonomik dengan semua butang praktikal.

Tempat duduk ditampilkan dengan material lembut untuk pemanduan yang selesa khususnya perjalanan jarak jauh.

Konfigurasi enam dan tujuh tempat duduk juga menggunakan platform versatil maju dengan kelengkapan terbaik.

But belakang pula ditawarkan lebih luas dengan kapasiti 2,050 liter, sekali gus memberi penekanan kepada aspek kereta keluarga.

Dari aspek trenkuasa, Proton X90 menggunakan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V (bateri lithium ion) Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid.

Dengan teknologi baharu mild-hybrid, PROTON mendedahkan ia dapat meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 15 peratus berbanding enjin 1.5L TGDi biasa.

Model ini sudah melalui ujian sejauh 1.2 juta kilometer di jalan raya Malaysia membabitkan 96,000 jam ujian yang dilaksanakan manusia.

Lebih menarik, PROTON turut mengambil beberapa pendekatan bagi memberi kelainan kepada X90 bahagian depan termasuk gril, fabrik, kulit, nama PROTON dihasilkan di Malaysia, sekali gus memberikan perbezaan dengan produk asal Geely, iaitu Haoyue.

Timbalan CEO PROTON, Roslan Abdullah, berkata harga Proton X90 akan diumumkan ketika pelancaran tidak lama lagi.

“Harga kompetitif dan mampu milik sebagaimana statusnya sebagai kereta premium moden dan untuk keluarga dengan ciri serta fungsi keselamatan termaju.

“Tarikh pelancaran dan bila tempahan akan dibuka juga akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas sesi prebiu media Proton X90 di sini, hari ini.

Roslan berkata, kilang PROTON di Tanjung Malim sedang memasang X90 bagi memastikan stok lebih banyak sebelum tibanya hari pelancaran.

“Kita sedang meningkatkan stok bagi meminimumkan tempoh menunggu X90.

“Daripada aspek komponen, bahagian dan pengedar juga kita pelajari apa yang berlaku kepada model X lain. Justeru, untuk X90, PROTON akan berusaha untuk tampil dengan lebih lancar,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat