Dana RM2.1 Juta Dilucuthak Dipulangkan Kepada Parti Politik, 7 Individu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Dana RM2.1 juta yang dilucuthak selepas didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), diperintah oleh Mahkamah Rayuan agar dipulangkan kepada dua parti politik dan tujuh individu lain.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said memerintahkan wang terlibat dikembalikan kepada perayu dalam tempoh dua bulan, bersama faedah terkumpul.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA Pahang serta ahli keluarga bekas Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar memberitahu, Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi yang dikemukakan oleh perayu-perayu dan tidak berhasrat mencabar rayuan bagi pengembalian wang tersebut.

Sehubungan itu, panel berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2020 yang membenarkan kerajaan melucuthak RM1 juta daripada PBRS, MCA Pahang (RM835,258.19) dan Rohizah Ahmad serta enam yang lain (keseluruhan RM265,146.16).

Selain Kamal Baharin, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Samihah Rhazali dan Nik Haslinie Hashim turut hadir mewakili pihak pendakwaan.

Peguam Avinash Kamalanathan mewakili PBRS, Sangeetha Vasanth Kumar bagi pihak MCA Pahang manakala Nur Jehan Abu Bakar mewakili tujuh individu itu.

Rayuan berkenaan merupakan yang terakhir melibatkan kes pelucutan hak berkaitan harta yang didakwa daripada dana 1MDB.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mengarahkan Kerajaan Malaysia memulangkan RM21.7 juta kepada 11 individu, entiti perniagaan, dan parti politik atas situasi sama.

Pada 30 Januari lalu, Kamal Baharin memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan sama bahawa pihak pendakwaan menarik rayuan mereka terhadap pihak berkenaan.

11 responden itu termasuk Jakel Trading Sdn. Bhd. (RM10,747,042.77), Mediaedge CIA Sdn. Bhd. (RM4,631,602), AGA Touch Sdn. Bhd. (RM3 juta), dan Barisan Nasional Johor (RM957,395.65).

Pada 5 Februari lalu, pihak pendakwaan juga menggugurkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang kerajaan melucut hak kira-kira RM194.5 juta yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada parti politik dan entiti perniagaan, lapor Utusan di Putrajaya pada Selasa.

Penerima terbabit adalah ibu pejabat Umno (RM192.6 juta), Umno Pahang (RM2.5 juta) dan Umno Kedah (RM1.05 juta).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat