Jomo Pernah Nasihatkan Dr Mahathir Tinggalkan Politik Namun Tidak Diendah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakar ekonomi, Jomo Kwame Sundaram mendedahkan pernah menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak terbabit dalam politik sebaliknya fokus menjadi negarawan yang dihormati.

Pun begitu, kata Jomo nasihat beliau itu ditolak oleh Dr Mahathir.

Menurut Jomo, kira-kira tujuh bulan lalu, beliau menasihati bekas Perdana Menteri Ke-4 dan Ke-7 supaya memainkan peranan sebagai negarawan yang dihormati untuk negara membangun.

“Dalam pertemuan itu saya minta bekas Perdana Menteri itu (Dr Mahathir) meninggalkan politik.

“Saya menasihati beliau untuk mengambil peranan sebagai negarawan ulung untuk membantu membangunkan negara.

“Sudah tentu, seperti lazimnya, beliau tolak nasihat saya dan kita tahu akibatnya,” katanya pada forum dalam talian bertajuk “Malaysia’s future in a fractured world” anjuran The Oxford and Cambridge Society Malaysia di YouTube malam tadi lapor BH.

Untuk rekod Mahathir mengalami kekalahan teruk di kerusi parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Pada 16 Disember tahun lalu, ahli politik berusia 98 tahun itu meletak jawatan sebagai pengerusi PEJUANG yang kemudian menamatkan kerjasamanya dengan Gerakan Tanah Air (GTA) pada 14 Januari.

Mahathir kemudian meninggalkan PEJUANG dan menyertai Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA).

Pada 19 Mac lalu, Mahathir dilaporkan menuduh kerajaan Anwar Ibrahim bersikap ‘diktator’ selepas dua kali membatalkan program “Proklamasi Orang Melayu.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat