Bacaan FPS lebih stabil

- Advertisement -

Untuk set desktop kelas permainan, pastinya keupayaan unit pemproses grafik (GPU) atau kad grafik adalah pengukurnya di samping beberapa perkakas lain antaranya cip pemproses, memori (RAM) serta papan induk.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan supaya mengambil kira perkakas terbaharu keluaran MSI iaitu daripada generasi kad grafik Nvidia GeForce RTX 4070Ti Gaming X Trio yang menawarkan keupayaan prestasi pada tahap paling optimum.

Penulis juga sempat melaksanakan ujian beberapa judul permainan untuk melihat tahap prestasi serta bacaan bingkai sesaat (FPS) khususnya bagi genre yang menawarkan dunia terbuka.

Hasil ujian terhadap judul Modern Warfare 2, Elden Ring dan Assassin Creed Valhalla bersama tetapan grafik pada tahap tinggi, resolusi 1440p dan 2160p memperlihatkan kestabilan prestasi bersama bacaan FPS yang sangat baik.

Ujian pertama dilaksanakan menerusi judul Modern Warfare 2 termasuk Warzone, bagi resolusi 1440p, bacaan adalah stabil sekitar 140 hingga 165FPS, manakala untuk 2160p adalah sekitar 120FPS dan tidak berlaku kejatuhan FPS yang teruk terutama membabitkan landskap ‘intense’.

Bagi Elden Ring pula, bacaan FPS adalah jauh lebih baik dengan generasi terdahulu iaitu stabil pada 155FPS untuk 2160p manakala 1440p adalah menghampiri 170FPS.

Untuk Assassins Creed Valhalla pula, ada beberapa lokasi yang mempunyai landskap ‘intense’ berlaku penurunan FPS, namun ia tidak berpunca daripada GPU yang digunakan sebaliknya mekanik permainan berkenaan.

Permainan berkenaan merekodkan sekitar 120 hingga 140 untuk resolusi 1440p manakala resolusi 2160 melebihi 150 hingga 160FPS secara keseluruhan.

Menyentuh aspek spesifikasi, variasi berkenaan dikenali dengan Gaming X Trio ‘White’ menerusi tetapan tiga kipas serta binaan penyeragaman warna boleh laras (RGB).

Sesuai dengan kad grafik kelas prestasi serta permainan, RTX 4070Ti Gaming X Trio White berkenaan turut dilengkapi dengan plat pelindung belakang dengan logo naga di bahagian tepi.

Kad grafik generasi berkenaan didatangkan dengan Tri Frozr 3 untuk mengekalkan prestasi optimum di samping memberikan bacaan suhu paling minimum.

Untuk penggunaan tempoh yang panjang, kad grafik ini menggunakan sistem penyejukan terbaik dalam kelasnya bersama tiga kipas penyejukan daripada Torx Fan 5.0 dengan kecondongan 33 darjah untuk memberi udara lebih baik kepada sirip penyejuk.

Teknologi ini berjaya untuk menghasilkan peningkatan aliran udara 23 peratus lebih baik daripada kipas jenis konvensional.

Sesuai dengan generasi baharu daripada Nvidia GeForce RTX siri 4000, ia dilengkapi dengan DLSS 3, sekali gus memberikan kesan visual lebih baik serta bacaan bingkai sesaat (FPS) yang stabil.

Kad grafik generasi ini turut didatangkan dengan plat penyokong untuk menampung berat kad grafik daripada membengkok.

Pengguna juga boleh melakukan talaan prestasi menerusi perisian MSI Center ataupun Afterburner, tetapan kadar kelajuan kipas, bacaan prestasi boleh dilakukan tanpa sebarang masalah.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat