UMNO Buat Pilihan Tepat Tolak Bersatu Berselirat Muslihat, Juga Tolak PKR, DAP – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO telah melakukan tindakan paling wajar menolak kerjasama dengan Bersatu yang telah disedari banyak ketidakjujuran muslihat politik yang dilakukan oleh mereka terhadap UMNO,” kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hal demikian katanya, realiti politik hari ini, memerlukan UMNO melakukan penjajaran penyesuaian politik baharu untuk meneruskan matlamat penubuhannya.

“Kerana itulah kewajaran dan kematangan saf kepimpinan UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu setelah kita sedari ketidakjujuran muslihat politik yang dilakukan oleh mereka terhadap UMNO.

” Ingin saya tegaskan, dukungan terhadap pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah demi rakyat. Kerajaan sebelumnya menzalimi rakyat.

” Mereka gagal melaksanakan manifesto yang akhirnya mereka akui ia bukan kitab suci. Malah janji 100 hari pertama pun semuanya ke laut,” bidasnya dalam ucapan dasar Presiden UMNO di PWTC, hari ini.

Dalam pada itu beliau amat menghargai pendirian Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang telah membuat pendirian mendukung institusi presiden dan menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu.

“Perlu saya tegaskan pendirian kita dalam menghadapi PRU-15; Kita tetap dengan keputusan MKT.

“Yakni No Bersatu, No ANWAR, NO DAP.

” Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti tersebut sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Kita tetap akan bertanding menggunakan panji-panji BN.

” Yakinlah! Sesungguhnya cahaya terang-benderang sedang menanti kita di hujung terowong,” katanya.

Zahid menegaskan, UMNO tidak pernah dan tidak akan mendukung gabungan politik dalam PN.

“Ketetapan ini bukan hanya dari MKT tetapi ia lahir dari suara akar umbi yang tidak senang dengan gelagat politik Bersatu.

“Mereka berniat jahat untuk menghapuskan dan menggantikan UMNO.

” Jauh lebih besar daripada itu, rakyat dan negara sedang dibawa menuju kehancuran. Ini selaras dengan hadis Nabi Muhammad SAW,
Yang bermaksud, “Tidak boleh dimudaratkan dan tidak boleh memudaratkan orang lain,” dalam erti kata lain sudahlah parti kita dimudaratkan, jangan pula rakyat dan negara ini turut dimudaratkan. Maka ijtihad (reasoning) kita memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah selari dengan tuntutan kaedah fiqh yang bersandarkan hadis tersebut,” beritahu beliau.

Dalam pada itu, Zahid berkata beliau malah semua ahli UMNO sedar, bahawa Bersatu tidak mendapat dukungan rakyat sepenuhnya, dan tidak mempunyai sokongan akar umbi.

Namun katanya, hasrat ular lidi untuk menelan ular sawa terus dipergiatkan tanpa henti. Termasuklah muslihat politik ketika kita menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Waspadalah! Muslihat mereka tidak akan berhenti selagi UMNO tidak hancur.

” Penolakan akar umbi telah pun diterjemahkan melalui usul yang diluluskan di 124 Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian. Malah, 147 daripada 191 Ketua-Ketua UMNO Bahagian turut bersetuju menolak kerjasama tersebut.

” Anehnya, ada pula gerakan yang kemudiannya disusun untuk mengubah keputusan besar parti. Kita tahu siapa mereka. Sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya,” katanya.

Sementara itu kata Zahid, UMNO harus kembali kepada fitrah asalnya.

Tegas beliau, UMNO memimpin bukan untuk dipimpin malah UMNO memerintah bukan untuk diperintah dan juga UMNO harus berdiri megah memperkasakan Barisan Nasional (BN).

“Kita ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan komponen Barisan Nasional, MCA, MIC yang setia bersama UMNO sejak 65 tahun lalu, dan juga PBRS. Kita mengharungi susah senang, jatuh dan bangun bersama.

“Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walau saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan,” ucapnya.

//

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat