“Presiden UMNO Dah Seru, Menteri, Timbalan Dan ‘Boss’ GLC Mesti Tarik Diri Hari Ini” – Ku Li

KUALA LUMPUR – Semua ahli UMNO yang menjawat jawatan menteri, timbalan menteri dan yang pegang posisi pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) mesti menarik diri dan jika boleh hari ini,” desak Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berpendapat tidak lagi jalan lain selain daripada ahli-ahli UMNO yang ada dalam kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.

“Saya rasa ucapan dasar Presiden UMNO itu bagus, bernas, dan tegas. Seolah-olah Datuk Seri Ahmad Zahid bukan sahaja respons, tetapi menerima cadangan-cadangan daripada bahagian-bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan.

“Dan Zahid juga bertegas sekali lagi, apa yang diputus oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT), bahawa kita akan putus kerjasama dengan Bersatu.

“Ini juga bererti, semua ahli UMNO yang menjadi menteri, timbalan menteri, yang pegang jawatan Pengerusi GLC, mesti tarik diri. Kalau boleh hari ini,” gesa Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Malah Tengku Razaleigh juga mengambil maklum pendirian Zahid bahawa UMNO juga tetap kekal menolak kerjasama dengan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ya lah. Ada perjumpaan pun. Dah sekarang No Anwar, No anwarlah ye dak?,” respons beliau ringkas.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh tidak terkejut dengan kenyataan Presiden UMNO yang menegaskan parti itu akan bertanding solo pada pilihan raya akan datang.

“Kita selalu bertanding solo.

“Kita juga yakin Barisan Nasional (BN) akan menang. Kalau tak yakin macam mana kita nak bertanding? Memanglah. Kita sebelum ini pun kita bertanding solo,” katanya.

Sementara itu, beliau mengakui penerimaan rakyat terhadap BN sekarang ini lebih bagus.

“Saya rasa bagus. Tinggal lagi kita belum lagi kempen sampai ke bawah. Kita akan sampai ke bawah lah.

“Dan orang-orangg kita dah bergerak di bawah. Cuma kita tak perhebatkan lagilah,” katanya.

Ditanya sama ada penegasan UMNO untuk bergerak solo akan mengecewakan PAS yang bersama dalam Muafakat Nasional (MN).

Tengku Razaleigh tidak memberi kata dua kepada PAS sebaliknya menyerahkan kepada parti Islam itu untuk membuat keputusan.

“Itu terpulang kepada PAS. Kerana kita bersikap bersama dengan dia (PAS) dalam MN.

“Tetapi selepas kita buat keputusan tarik diri dariapda PN, dan menteri-menteri kita akan berhenti dariapda menjadi menteri, timbalan menteri, daripada menjadi pengerusi GLC, lantikan kerajaan PN, kita tidak ada kena mengena lagi dengan PN.

“Oleh kerana itu, kita akan melawan. Kalau PAS masih ada di situ, kita lawanlah dia. Apa nak buat.

“Tetapi kalau dia bersama dengan kita, menerusi MN, dia mesti asing parti dia juga daripada PN. Kerana kita tidak anggota PN.

Selain itu disoal “seberapa cepat PAS perlu buat keputusan untuk menjadi kawan atau lawan”.

“Itu kena tanya PAS lah,” jawab beliau.

//

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

PKP Di Sandakan Bermula Esok, Tawau Dilanjutkan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Sandakan, Sabah berkuat kuasa 17 hingga 30 April ini, manakala PKP di daerah...

PN Sedia Terima Penyertaan Mahathir Tanpa Apa-Apa Syarat – Hamzah

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) sedia menerima Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai gabungan itu sekiranya bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak...

Dr M dan Pejuang boleh sertai PN tapi tak boleh letak syarat – Hamzah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas...