Rundingan Ukraine, Rusia Diadakan Di Belarus

- Advertisement -

Rundingan antara Ukraine dan Rusia sudah bermula di sempadan Belarus, menurut Mykhailo Podolyak, penasihat Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy kepada Reuters pada Isnin.

Terdahulu, Pejabat Presiden Ukraine berkata, matlamat Ukraine untuk rundingan tersebut adalah untuk segera mencapai gencatan senjata dan pengunduran tentera Rusia dari Ukraine.

Menurut Reuters, rundingan tersebut diadakan di Kediaman Rumyantsev-Paskevich di Istana Gomel, Belarus.

Ia diadakan berikutan langkah Presiden Rusia Vladimir Putin yang memerintahkan supaya pasukan nuklear diaktifkan kepada ‘mod khas perkhidmatan tempur’.

Arahan Putin itu sekali gus meningkatkan lagi kebimbangan di peringkat antarabangsa apabila negara itu mempunyai bekalan senjata nuklear kedua terbesar di dunia dilengkapi simpanan besar peluru berpandu balistik.

Setakat ini, puluhan kematian orang awam dilaporkan, manakala ratusan ribu rakyat Ukraine melarikan diri ke barat negara itu bagi mencari perlindungan. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat