Kumpulan Thrash Metal “KREATOR” kembali ke Malaysia selepas 19 tahun.

- Advertisement -

Sebuah kumpulan Thrash Metal yang berasal daripada Jerman telah kembali dan membuat persembahan di Malaysia. Setelah 19 tahun kini peminat Metal di malaysia dapat melepaskan nafas lega setelah menyaksikan persembahan kumpulan legenda ini.

Konsert Kreator “Strongest of The Strong” telah berlangsung selama hampir 2 jam yang bertempat di Zepp Kuala lumpur dan menyaksikan seramai 2,000 hadir untuk melihat persembahan mereka. Konsert yang bemula pada pukul 8.30 membuat setiap peminat Metal pada malam itu teruja dan membuatkan dewan gemuruh dengan sorakan.

Barisan kumpulan Kreator Vokalis Miland “Mille” Petrozza, Jürgen “Ventor” Reil, Sami Yli-Sirnio dan Frédéric Leclercq telah memberikan satu persembahan yang luar biasa bermula dengan lagu “Hate Über Alles” yang telah membuat gegak gempita seluruh dewan dan menyaksikan pembentukan Pit di tengah tengah gerombongan peminat.

Mille Petrozza begitu gagah dan energetik sekali membanting lagu demi lagu dengan stamina yang tak terbatas. “People of The Lie”menjadi hidangan pembakar semangat peminat selanjutnya Jiwa jiwa kembali bertenaga setelah sekian lama memendam rasa dan kembali kepada memori pada era 90an.

Pencinta muzik metal Malaysia telah bersatu pada malam penuh magis itu dari segenap umur, menyaksikan lapisan generasi terdahulu dan pelapis yang sama-sama headbanging. Rata-rata sahabat yang datang membawa anak-anak mereka berusia belasan tahun yang tidak mahu ketinggalan menjadi sebahagian dari sejarah metal.

“Extreme Aggression” adalah lagu yang ditunggu tunggu, perminat mula beraksi di dalam mosh- Pit apabila lagu ini dimulakan menyaksikan seluruh dewan menjadi hingar bingar dengan pekikan peminat, Lagu yang dicipta pada tahun 1989 ini meremangkan bulu roma setiap yang hadir

“Hordes of Malaysia!” laung Mille. “Kamu semua sangat menakjubkan!” persembahan yang menakjubkan dan menjadi sebahagian sejarah muzik metal, buat pihak penganjur Rockstage Entertainment telah berjaya membawa kembali kumpulan Legenda Metal dan mendapat sambutan “Full House”.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat