Pharmaniaga Lantik Zainal Abidin Pengerusi Baru, Ganti Shazalli

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pharmaniaga Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique, 63, sebagai pengerusinya yang baru berkuatkuasa 1 Februari 2022.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, Pharmaniaga dalam kenyataannya berkata Zainal Abidin akan menggantikan Datuk Seri Mohamed Shazali Ramly, yang akan dilantik semula sebagai pengarah bukan bebas syarikat itu.

Zainal Abidin, ketika ini memegang jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, yang disandangnya sejak 2020 dan juga pengarah Clock Tower Hotel Sdn Bhd sejak tahun 2013.

Beliau berpengalaman luas dalam dunia korporat dan pernah berkhidmat di Putera Capital Bhd sebagai pengarah bukan eksekutif dari 2006 hingga 2009, dan juga pengarah bukan eksekutif Epe Power Bhd dari 2000 hingga 2004.

Zainal Abidin memiliki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Ekonomi Bangunan dan Pengukuran dari Universiti Aston.

Pharmaniaga merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memberi tumpuan dalam produk perubatan dan farmaseutikal serta produk farmaseutikal generik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat