Pelaburan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Lepasi Sasaran – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berjaya mencapai pelaburan komited swasta berjumlah RM13.4 bilion sehingga 31 Disember 2021.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan jumlah itu melepasi sasaran pelaburan komited yang telah ditetapkan sebanyak RM12 bilion.

“Alhamdulillah dengan kerjasama erat yang diberikan oleh pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan, pelaksanaan projek dan program di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta berbagai inisiatif promosi pelaburan telah dilaksanakan dengar lancar.

“ECERDC yang telah berjaya mencapai pelaburan komited swasta berjumlah RM13.4 bilion sehingga 31 Disember 2021 melepasi sasaran pelaburan komited yang telah ditetapkan sebanyak RM12 bilion,” catat Perdana Menteri di Facebooknya pada Jumaat.

Kata Ismail Sabri, difahamkan setakat 31 Disember 2021 ini juga, ECERDC telah mencapai 40 peratus iaitu RM27.7 bilion daripada sasaran pelaburan komited yang ditetapkan dalam Pelan Induk ECER 2.0 berjumlah RM70 bilion.

“Pencapaian ini menunjukkan bahawa sokongan kerajaan terutamanya dengan pelaksanaan projek-projek infrastruktur strategik dan pelanjutan pakej insentif di ECER terbukti berkesan dalam meningkatkan daya saing Wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan,” ujar beliau.

Untuk rekod, Wilayah ECER yang meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor, kini merupakan wilayah yang sedang pesat membangun dan menjadi destinasi pelaburan yang unik, dinamik dan berdaya saing.

ECER meliputi kawasan seluas 66,000 km persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. Wilayah ini didiami oleh seramai 4.8 juta penduduk, atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi di Wilayah ini dipacu oleh lima kelompok ekonomi utama, iaitu Pelancongan, Minyak, Gas & Petrokimia, Pembuatan, Perniagaan Tani, Pembangunan Modal Insan dan Keusahawanan serta Logistik dan Perkhidmatan. Kelompok-kelompok ini disokong oleh pembangunan dalam bidang Pengangkutan, Prasarana, Hartanah dan Persekitaran untuk menjadikan Wilayah ini sebagai sebuah destinasi yang ideal untuk perniagaan, pelaburan dan gaya hidup yang berkualiti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat