Tajuddin Bersyukur Disahkan Bebas Daripada Virus Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh selepas disahkan bebas daripada virus Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Tajuddin menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khusus petugas Hospital Sungai Buloh, Tajuddin meluahkan rasa syukur kerana berjaya sembuh daripada Covid-19.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah pagi ini saya dibebaskan.

“Terima kasih banyak kepada doktor dan jururawat Wad 9D Hospital Sungai Buloh, semua ahli keluarga sahabat handai dan rakan-rakan yang begitu ramai sekali memberikan sokongan moral dan doa. Love you all (sayang semua),” katanya.

Tajuddin disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan pada 19 Januari lalu.

Ujian itu dilakukan selepas Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif Covid-19.

Pada 12 Januari lalu, Tajuddin dan Mohamed Nazri telah menghadiri satu sidang media di ibu negara sebelum keduanya dimasukkan ke hospital kerana positif Covid-19. – MalayMail

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat