Festival Filem Cannes ditunda Julai

- Advertisement -

PARIS: Penganjur Festival Filem Cannes mengumumkan acara berprestij itu ditunda kepada 6 Julai depan, berikutan penularan pandemik COVID-19.

Kenyataan penganjur menyebut, penundaan acara itu selaras situasi penularan wabak berkenaan di Perancis.

“Seperti diumumkan pada musim luruh lalu, Festival Filem Cannes berhak menganjak tarikh penganjurannya, bergantung kepada perkembangan kesihatan dunia.

“Pada asalnya, Festival Filem Cannes dijadualkan pada 11 hingga 22 Mei depan. Namun, kita tunda kepada Julai,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, acara sama dibatalkan tahun lalu. Bagaimanapun, beberapa acara anugerah lain termasuk Festival Filem Berlin diteruskan, tahun ini, di bawah kawalan ketat.

Festival Filem Berlin bakal dilangsungkan dalam dua edisi iaitu dalam talian membabitkan pekerja industri profesional, Mac ini, disusuli acara terbuka, tiga bulan kemudian.

Festival Filem Cannes lazimnya menarik minat kira-kira 45,000 golongan profesional dan kira-kira 4,500 pengamal media.

Tahun lalu, biarpun dibatalkan, Festival Filem Cannes masih membuat seleksi rasmi membabitkan 56 filem termasuk karya sentuhan Wes Anderson, Francois Ozon dan Steve McQueen.

Ini membolehkan penerbit filem terbabit menggunakan label “Pilihan Rasmi Cannes’ dalam produk keluaran mereka. – AFP

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat