EPL: MU Tewas Dengan Pasukan Tercorot Liga

- Advertisement -

MANCHESTER, United Kingdom: Pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, Sheffield United merencatkan misi memburu kejuaraan Manchester United dengan menewaskan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu 2-1 di Old Trafford.

United sedar mereka perlu kembali merakam kemenangan apabila tetangga Manchester City merampas kedudukan teratas selepas membelasah West Brom 5-0 Selasa lalu, tetapi gagal mempamerkan aksi terbaik di laman sendiri.

Kean Bryan meletakkan pelawat di depan pada babak pertama tetapi bekas pemain Blades, Harry Maguire kembali menyamakan kedudukan sebelum rembatan Oliver Burke memastikan kemenangan pertama Sheffield di Old Trafford sejak tahun 1973.

Keputusan itu mengekalkan United pada 40 mata – satu di belakang City – tetapi skuad kendalian Pep Guardiola kini bermain kurang satu perlawanan dan berpeluang carah untuk memenangi gelaran ketiga dalam tempoh empat tahun.

Sebelum perlawanan berkenaan, Sheffield United hanya mengumpul lima mata daripada 19 perlawanan – kutipan terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris – dan tidak pernah menewaskan Manchester United sejak tahun 1993.

Sheffield United kini mengumpul lapan mata – masih ketinggalan 10 mata di bawah garis selamat.

– AFP/BERITA HARIAN

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat