4,094 Kes Baru Covid, 10 Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan pertambahan 4,094 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Pertambahan angka berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara kini mencecah angka 198,208 kes.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada 4,04 jangkitan baharu itu, sebanyak lapan kes import dilaporkan sementara selebihnya merupakan penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 43,192 kes,” kata laporan KKM pada Khamis.

Sementara itu, jumlah korban akibat pandemik berkenaan juga terus mencatat peningkatan apabila sebanyak 10 kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 717 kes.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 303 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala jumlah kes sembuh terus catat peningkatan sebanyak 3,281 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 154,299 kes.

Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,577 kes diikuti Johor (717 kes) dan Kuala Lumpur (678 kes). – Awani

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

Suami Berubah Personaliti, Alami Kemurungan Melampau – Natashakilla

BBATU PAHAT - "Saya reda dengan ketentuan Allah jika suami saya disahkan menghidap penyakit mental," kata Natashakilla Zulku, 27, dari Kampung Sungai Nibong Darat,...

PM Harap Lebih Banyak GLC dan NGO Bantu Jayakan PICK

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut serta memberi...

KKM Kesan Enam Lagi Kes Varian Afrika Selatan dan India – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak enam lagi kes varian baharu virus SARS CoV-2 dilaporkan melibatkan Variant of Concern (VOC) terdiri daripada lima kes varian Beta (B.1.351)...