Dakwaan cuba jadikan Malaysia ‘negara Kristian’ , Hannah Yeoh akan lapor polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap video dan mesej berniat jahat yang memberi gambaran kononnya beliau cuba menjadikan Malaysia ‘negara Kristian’.

Menurut Hannah, video dan mesej sedemikian boleh menjejaskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

“Sepertimana yang telah berlaku berkali-kali dalam kerjaya politik saya, kepercayaan saya sekali lagi dijadikan senjata politik oleh pelampau-pelampau agama di luar sana.

“Saya menyeru semua pihak untuk berdiri teguh membendung percubaan-percubaan ini dan untuk tidak menyebarkan mesej-mesej tersebut apabila mereka melihatnya dalam talian,”catat Ahli Parlimen Segambut itu di Facebooknya.

Pada 23 Disember baru-baru ini, Mahkamah Tinggi menolak saman Hannah Yeoh yang menuduh Musa memfitnahnya bahawa beliau cuba menjadikan Malaysia sebagai ‘negara Kristian’.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Apandi berkata, Hannah Yeoh gagal membuktikan dakwaan itu berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Peguam mewakili beliau telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Mengulas lanjut, wakil rakyat DAP itu berkata, terdapat banyak mesej dan video Whatsapp yang tersebar mempolitikkan keputusan tersebut dengan juga memberi gambaran beliau mahu memurtadkan orang Islam.

Beliau bagaimanapun menegaskan, dakwaan sedemikian tidak benar sama sekali.

“Saya sentiasa menghormati dan mendukung Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Terdapat sekatan undang-undang yang jelas terhadap penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam di Malaysia.

“Saya telah mengangkat sumpah jawatan serta bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan … saya ambil dengan serius (sumpah ini) dan akan saya patuhi pada setiap masa,” ujar Hannah lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat