Bas terjunam tasik di Norway, rakyat Malaysia antara terlibat kecelakaan

- Advertisement -

NORWAY – Tiga pelancong maut, manakala empat lagi cedera selepas bas yang dinaiki sekumpulan pelancong asing terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke dalam tasik.

Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten di Norway, pada Khamis.

“Ramai penumpang dalam bas itu adalah warga asing,” kata polis sambil menambah bas berkenaan membawa 58 penumpang, lapor AFP.

Sekumpulan penumpang dari lapan negara yang menaiki bas tersebut merupakan warga Malaysia, China, Perancis, India, Belanda, Norway, Singapura dan Sudan Selatan.

Kepulauan Lofoten merupakan destinasi musim sejuk yang popular untuk menyaksikan Cahaya Utara.

Polis berkata, beberapa penumpang yang dipindahkan dibawa ke sekolah tempatan manakala tiga dibawa ke hospital menggunakan helikopter.

“Keadaan cuaca teruk di wilayah itu, menyukarkan operasi menyelamat,” kata polis tempatan dalam satu kenyataan.

Selain itu, angin kencang turut melanda kawasan tersebut.

“Keutamaan kini adalah untuk merawat mangsa yang cedera dan siasatan akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian,” kata pegawai polis Nordland Bent Are Eilertsen dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Norway, NTB.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat