Konsert 4 Dekat Slank Memukau Peminat Di Malaysia..

- Advertisement -

kumpulan rock popular dari Indonesia “Slank” telah mengadakan Konsert 4 Dekad Slank bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada ahad lepas, Setelah 7 tahun tidak membuat Konsert di Malaysia, kumpulan Slank telah memberi persembahan yg mantap dan bertenaga buat peminat peminat di Malaysia sekaligus yang merindui Persembahan Mereka.

Konsert Berdurasi selama 2 jam ini telah bermula pada pukul 8.00 malam hingga 11 malam, dengan persembahan lagu lagu popular mereka antaranya “Ku Tak Bisa” “I Miss You But I Hate You””Kamu Harus Pulang” “Orkes Sakit Hati”  dan “Virus”.

Turut hadir memberikan kejutan buat peminat dimalaysia adalah artis undangan iaitu Ella Ratu ROCK Malaysia yg telah mempersembahkan 3 buah lagu buat peminat dan ini adalah kolaborasi pertama mereka bersama Ella. Turut hadir memberi sokongan adalah penyanyi Rock Malaysia AMY Search

Konsert ini bersempena ulang tahun ke-40  Slank dalam industri hiburan. Slank merupakan kumpulan rock terbesar di Indonesia yang berasal dari Jakarta. Kumpulan  ini  diasaskan pada tahun 26 Disember 1983 oleh remaja di lorong di Jakarta yang bergelar Gang Potlot, dengan membawa muzik aliran rock.

Slank pernah merangkul pelbagai anugerah, antaranya empat kali memenangi Album Rock Terbaik, Anugerah Musik Indonesia dan Anugerah Most Favorite Band, Anugerah MTV Indonesia.

Pihak penganjur iaitu TBRW Global Sdn Bhd berasa cukup terharu dan gembira dengan kesudian Slank untuk muncul di Malaysia setelah sekian lama tidak muncul di Kuala Lumpur khususnya.

“Kami membawakan sebuah kumpulan yang sangat legenda dari seberang dan kami berasa sangat gembira untuk mengumumkan Konsert 4 Dekad Slank buat peminat di malayisa,” -ujar Wan Norul Fadly mewakili TBRW Global Sdn Bhd.

Apabila ditanya oleh pihak media apakah Kekuatan yang membuat mereka kekal di industri hiburan hingga ke hari ini?

“Kunci kepada keberadaan mereka selama 40 tahun dalam industri dan diterima oleh pelbagai generasi adalah kerana rutin mengeluarkan karya baru.” -kata Kakak

“Malah Bimbim yang merupakan pemini dram menganggap bahawa pemuzik akan selalu diingati dan dilihat kerana karya mereka.

Pesan Bimbim lagi jangan berhenti bekarya kerana karya seniman akan ditunggu. Jika berhenti berkarya, orang akan turut berhenti mengikuti.”  -Ujar Bimbim

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat