KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memaklumkan konsesi pengurusan Menara Kuala Lumpur kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.
Menterinya, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa KKD
memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini.
“Saya memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya media berhubung pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) melalui pegangan saham penuh daripada pihak Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) kepada syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd.
“Saya telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 14 Disember 2022.
“Saya juga akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada pihak
Telekom Malaysia (TM) pada 3 Januari 2023,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Media sosial heboh mendakwa saham Menara KL telah dijual senyap-senyap sewaktu pemerintahan Perikatan Nasional (PN) kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.