Ikatan perpaduan hilangkan kepimpinan Islam dianggap munafik – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Islam mengharamkan sebarang hubungan yang menghilangkan kepimpinan Islam atau tidak menegaskan kedaulatan Islam atau pun tiada kuasa Islam yang mentadbir kehidupan manusia.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, apabila bersama kalangan nyata bermusuh terhadap Islam, sama ada mereka yang menghina ajarannya atau bermusuh terhadap penganutnya ataupun bersikap melampau mahu berkuasa terhadap umat Islam.

Bahkan kata Hadi, kalangan Islam yang melakukan perkara sedemikian dianggap sebagai munafik.

“Perpaduan itu diwajibkan kepada umat Islam terlebih dahulu kerana mereka diwajibkan memimpin seluruh manusia, melalui pendekatan menyampaikan Islam tanpa paksaan.

“Seterusnya, mengajak seluruh manusia bermasyarakat majmuk berada di bawah keadilan kerajaan Islam untuk semua dalam kehidupan bermasyarakat dalam urusan dunia,” kata Hadi dalam kenyataan pada Isnin.

Malah menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, semua itu telah dirakam dalam Piagam Madinah yakni konsep perpaduan yang menerima Islam memimpin, hukum Islam adalah tertinggi bagi menyelesaikan semua masalah yang berlaku dengan adil dan saksama, serta hak kebebasan beramal dengan agama masing-masing yang dijamin dalam al-Quran dan sunnah.

“Perpaduan tanpa petunjuk Allah adalah diharamkan disebabkan oleh kerapuhannya.

“Ikatannya yang membawa padah di dunia dan akhirat kerana pelaksanaannya tidak berprinsipkan akidah dan tidak mempunyai konsep amar ma’ruf dan nahi mungkar yang mengawal kehidupan manusia serta pergaulannya dalam bermasyarakat. Hal ini disebabkan tiada asas akidah untuk mengawal diri dan tidak berakhlak,” ujarnya.

Tegas beliau lagi, Allah memberikan amaran yang paling keras terhadap orang yang memilih kalangan bukan Islam dalam kerjasama semata-mata bagi mendapatkan kuasa sehingga mereka meninggalkan konsep kepimpinan Islam.

“Allah meletakkan golongan itu dengan sifat munafik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat