Tuan Ibrahim Tuan Man Dijangkiti Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19.

Dalam catatan di Facebooknya, beliau berkata empat anak dan seorang cucu beliau turut dijangkiti wabak tersebut dan telah menjalani kuarantin.

“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif COVID-19.

“Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu. Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” menurut catatan itu.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat