Rina bukan guna waterjet cuci simen bersih, tapi sembur najis cicak, unggas – JKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kecoh semalam apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dirakam menggunakan waterjet membersihkan simen bersih di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi.

Rakaman itu tular dan menjadi sohor kini di Twitter, bagi menjernihkan tohmahan yang dilemparkan warganet, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil memperjelas insiden yang menjadi kritikan hebat.

JKM dalam kenyataan semalam menjawab isu tular yang mendakwa Menteri KPWKM hanya “berposing” mencuci simen bersih di sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dari 18 hingga 23 Disember 2021, semua PPS perlu dipulangkan semuala dalam keadaan bersih dan teratur.

“JKM selaku jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian Datuk Seri Rina untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dibersihkan sebelum ini.

“Memandangkan peralatan waterjet sedia ada di lokasi pembersihan. Menteri tidak menolak pelawaan JKM, dan beliau melakukan kerja tersebut dengan dada yang lapang dan hati terbuka,” jelas JKM.

Dalam pada itu, JKM sekali lagi menegaskan keterlibatan Rina bukanlah sekadar membersihkan seimen tersebut, malah beliau telah sama-sama melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah berkenaan.

“JKM berasakan adalah tidak adil netizen membuat tohmahan memperlekehkan usaha dan penglibatan Rina dalam operasi pembersihan ini.

“JKM juga menyeru dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk tampil mendaftar dan telibat menjadi Sukarelawan Keluarga Malaysia dalam misi membantu Operasi Pasca Banjir daripada membuat dan menyebarkan provokasi yang tidak bermanfaat,” tegas jabatan itu.

Selain itu JKM juga menyenaraikan tugas-tugas lain yang dilakukan Rina sepanjang berada di sekolah itu antaranya, mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap, menyusun atur meja dan kerusi, mengemas khemah yang digunakan mangsa banjir untuk disimpan bagi kegunaan akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat