Kerajaan Pusat Hapus Hutang Pinjaman Pahang RM 2.335 Bilion

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan pusat bersetuju untuk menghapuskan pinjaman hutang negeri Pahang sebanyak RM 2.335 bilion.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penghapusan hutang pinjaman itu merangkumi RM2.047 bilion melalui Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang, RM205.724 juta bagi penganjuran SUKMA Pahang 2012 dan menghapuskira kos pengurusan bencana/bantuan mangsa banjir bagi tahun 2014/2015 yang bernilai sebanyak RM54.874juta.

Kata Wan Rosdy lagi, dari aspek pembangunan negeri, hubungan baik ini bukan sahaja membantu untuk merencana aktiviti pembangunan akan datang, tetapi juga menyelesaikan perkara-perkara yang tertangguh melalui rundingan kedua-dua pihak.

“Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memastikan perhubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia terus terjalin demi manfaat seluruh rakyat negeri ini.

“Kerajaan Negeri Pahang juga telah menubuhkan pasukan khas yang diselia di bawah Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, bagi memastikan penstrukturan ini berjalan dengan lancar,” jelasnya lagi.

Ujar Wan Rosdy lagi, Kerajaan Negeri Pahang masih lagi mengadakan usaha berterusan bagi berunding dengan kerajaan persekutuan bagi menstruktur semula beberapa lagi pinjaman yang sedia ada.

Perkara ini adalah penting bagi memastikan pengurusan kewangan negeri berada pada keadaan sihat dan Kerajaan Negeri Pahang pada ketika ini boleh memberi fokus kepada inisiatif-inisiatif baharu yang dapat membantu rakyat secara terus, tegasnya.

“Kerajaan Negeri Pahang akan terus komited untuk menjalankan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia,

“Ianya bagi memastikan lebih banyak rundingan diadakan untuk manfaat bersama anak-anak Negeri Pahang Darul Makmur,” katanya. – SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat