ADUN Dengkil Positif COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani saringan di hospital.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa dirinya melakukan saringan tersebut selepas mendapati pemandu peribadinya mengalami simptom demam sejak Khamis lalu.

“Dia bersama-sama saya telah membuat ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga semalam sejurus selesai urusan kerja harian dan hari ini disahkan positif oleh pihak hospital.

“Alhamdulillah, ketika ini, kami masih dalam keadaan stabil dan akan dibawa ke hospital pada Ahad oleh KKM untuk menjalani kuarantin dan rawatan.

“KKM serta pihak berkuasa lain telah dimaklumkan dan semua kontak rapat saya telah dikesan dan disaring mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau memohon maaf jika mendatangkan kesulitan kepada pihak lain dan menasihatkan orang ramai untuk memberi kerjasama jika diminta untuk melakukan pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

“Saya memohon maaf jika mendatangkan sebarang kesulitan dan akan memaklumkan perkembangan keadaan kesihatan saya serta pengoperasian PKM dari masa ke semasa.

“Dengan izin Allah SWT serta berkat doa tuan-tuan dan puan-puan, insya-Allah kami akan dapat mengharungi dugaan ini dan kembali semula untuk berkhidmat segera dengan lebih berdedikasi,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, pada mulanya beliau membawa pemandu peribadi ke klinik pada Jumaat selepas mendapati dia demam dan ujian COVID-19 pada Sabtu menunjukkan keputusan positif.

Katanya, beliau seterusnya membuat pemeriksaan pada hari sama dan didapati positif walaupun tiada sebarang simptom demam atau batuk – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat