SPRM minta wanita dalam klip video Albert Tei hadir beri keterangan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video melibatkan perbualan bersama ahli perniagaan, Albert Tei, yang tersebar pada semalam untuk hadir ke Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

SPRM dalam kenyataan memberitahu, kehadiran wanita ini amat penting bagi membantu siasatan kes yang melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

“SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan meminta agar individu ini dapat hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember 2025.

“Selain itu, SPRM juga telah menghubungi Albert Tei dan meminta individu ini hadir ke Pejabat SPRM pada tarikh yang sama,” menurut kenyataan itu.

Justeru, SPRM ingin mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat