Reformasi penjawat awam harus mula di akar, bukan sekadar berlegar di Persekutuan – KSN

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan reformasi penjawat awam harus bermula dari peringkat daerah lagi bukan hanya sekadar berlegar di peringkat Persekutuan semata-mata.

Menurut beliau, ini selaras dengan Deklarasi Kuala Lumpur yang telah ditandatangani oleh beliau dan semua Setiausaha Kerajaan Negeri pada 23 November 2024 lalu.

“Nak buat reform (perubahan) ni tidak boleh berlegar hanya di peringkat persekutuan sahaja. Tetapi ia mesti mengakar dari peringkat pentadbiran daerah lagi.

“Hari ini, saya buat lawatan mengejut ke Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, Selangor. Tujuannya hanyalah untuk terus menambah baik perkhidmatan peringkat daerah, supaya lebih cekap, telus dan berintegriti.

“Dulu saya pernah berkhidmat di sini (PDT Klang). Jadi Insya-Allah hal-hal tentang tanah, pembangunan rakyat, nak urus bencana semua tu memang minat saya lah,” ujaar Shamsul Azri di Facebooknya pada Rabu.

Beliau sebelum ini berkata, mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.

Katanya, mereka juga perlu menerapkan sifat bangga sebagai penjawat awam kerana ia dapat membolehkan seseorang pegawai melaksanakan amanah dan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kita kena bangga dengan khidmat kita sebagai penjawat awam dan untuk berbangga, kita mesti ada sifat luhur dengan memuliakan perkhidmatan (tugas) kita.

“(Cara untuk) memuliakan tugas kita adalah dengan memberikan perkhidmatan terbaik, penuh integriti dan berdedikasi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat