Tiada Laporan Jangkitan Covid-19 Dari Sarung Tangan – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tiada laporan diterima Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung jangkitan Covid-19 daripada sarung tangan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sarung tangan yang dihasilkan oleh pengeluar melalui proses tertentu.

“Setakat ini tiada laporan jangkitan daripada sarung tangan yang didokumentasikan,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab kebimbangan awam berhubung jangkitan Covid-19 daripada sarung tangan berikutan ramai pekerja kilang Top Glove dijangkiti Covid-19.

Setakat ini, Kluster Teratai yang membabitkan jangkitan dalam kalangan pekerja dan ahli keluarga syarikat itu merekodkan 4,124 kes positif daripada 6,553 individu yang disaring.

Rabu lalu, Top Glove Corporation Bhd memberi jaminan bahawa bilangan kes jangkitan yang tinggi dalam kalangan pekerjanya tidak menyebabkan sarung tangan yang dihasilkan tercemar.

Ia berikutan jangkitan sukar berlaku berikutan persekitaran kilang dengan suhu antara 30-40 darjah Celsius.

Suhu dalam ketuhar adalah sekitar 110 darjah Celsius dan virus Covid-19 tidak dapat bertahan dalam keadaan panas.

Dari segi pembungkusan sarung tangan, pekerja syarikat itu dilengkapi dengan peralatan perlindungan diri dan tiada sentuhan langsung dengan sarung tangan.

Sementara itu, pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, kumpulan pertama pekerja syarikat itu telah selesai menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari semalam.

“Jika keputusan negatif, mereka dibebaskan dan jika terdapat individu positif, dia perlu menjalani tambahan kuarantin 14 hari lagi,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat