Amirudin Dijangka Bertanding Di Gombak

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai calon bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Walaupun menyebut ia bukan pengumuman rasmi, namun Presiden PKR itu berkata akan menghantar ‘panglima utama Selangor’ untuk berdepan bekas timbalan presidennya Datuk Seri Azmin Ali.

“Itu kerja Amir (Amirudin) yang nak jaga Gombak…Kita akan hantar panglima utama Selangor untuk berdepan di Gombak..tapi ini bukan pengumuman rasmi, rasmi nanti Jumaat ini,” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Negeri Selangor lapor Bernama.

“Saya dah bocor soalan, saya bincang dengan Amir (Amirudin), dia kata saya ini panglima, saya mampu insya-Allah pertahankan (untuk PH),” kata Anwar.

Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini dilaporkan berhasrat mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya umum kali ini.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak itu telah menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut selama tiga penggal.

Beliau memenangi kerusi itu atas tiket PKR.

Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, ketika ditemui selepas program itu berkata, beliau dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat