Periksa haid: Radzi kunjungi kolej vokasional di KL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin selamat melakukan kunjungan mengejut di Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.

Radzi kelihatan bertanya sendiri kepada pelajar tanpa kehadiran warden mahupun guru.

Dapatan daripada sesi itu, beberapa pelajar memaklumkan bahawa mereka tidak berani untuk memberitahu sesiapa tentang amalan pemeriksaan tersebut.

Radzi dalam catatan di Facebooknya semalam memberitahu, sejurus tiba dari Kuching di KLIA, beliau terus ke sebuah sekolah di Setapak.

Katanya, turut bersama beliau ialah Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

“Saya memandang serius dakwaan berhubung perkara tersebut. Sekiranya ada amalan sebegini di mana-mana institusi KPM, kami komited untuk memastikan ianya tidak terus berlaku.

“Kedatangan saya pada malam ini adalah untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah berkenaan.

“Selain itu, kami juga mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah. Kami akan perhalusi perkara-perkara yang dimaklumkan semasa perjumpaan sebentar tadi,” kata Radzi.

Menurut beliau lagi, KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama.

“Ini bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua,” ujar Radzi.

Sebelum ini kecoh, apabila bekas wartawan Tashny Sukumaran di Twitter memaklumkan sumber yang menuntut di Kolej Vokasional ERT di Setapak memberitahunya bahawa dia dan kira-kira 30 gadis lain berusia 18 atau 19 tahun telah dikumpulkan sekitar jam 7.50 malam pada 18 Okt.

Mereka kemudiannya diberi putik kapas dan diberitahu untuk ‘membuktikan’ mereka sedang haid.

“Menurutnya (salah seorang pelajar), ‘pemeriksaan haid’ ini telah berhenti seketika selepas kekecohan awal tahun ini, tetapi bermula semula selepas seseorang menunaikan solat sendirian dan bukannya secara berjemaah di surau asrama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat