Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan dihadiri 194 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva pada Mei 2022.

WHO Malaysia, Brunei dan Singapura dalam satu perkongsian ringkas menerusi Twitter memaklumkan, pelantikan tersebut dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke-72 (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Himeji, Jepun.

Dalam pada itu, Khairy menerusi ciapannya juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara anggota Rantau Pasifik Barat atas pelantikan dan pencalonan Malaysia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden bagi WHA 2022.

Ujarnya, pihaknya akan membawa suara Pasifik Barat ke persada perhimpunan dunia terutamanya berkenaan prinsip ekuiti, solidariti dan akauntabiliti.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menzahirkan penghormatan atas pelantikan tersebut.

Jelasnya, pihaknya akan mengambil peluang tersebut untuk meneruskan peluang yang lebih besar dalam mendepani krisis kesihatan global.

Kongsinya lagi menerusi ciapan di Twitter, Malaysia juga berkhidmat sebagai lembaga eksekutif WHO bermula 2021 hingga 2024.

Untuk rekod, WHA dianggotai 194 negara dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi WHO.

Malaysia diberi pengiktirafan yang sewajarnya berdasarkan peranan aktif menerusi platform kesihatan global dalam WHA ke-69 pada 2015 dan sekali lagi pada WHA ke-75 akan datang.

Khairy ketika ini mengetuai delegasi Malaysia ke WPRCM ke-72 yang bermula Isnin lalu hingga Jumaat ini.

Malaysia pernah dilantik oleh negara anggota Rantau Pasifik Barat sebagai Naib Presiden WHA ke-69 pada 2015. Menteri Kesihatan ketika itu adalah Datuk Seri Dr S Subramaniam.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat