PKR Gagal Serah Writ Saman RM10 Juta Kepada Zuraida – Peguam

I miss you guys sometimes actually, seriously kata Peja kepada Adun PH

CYBERJAYA: “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.I miss you guys sometimes actually, seriously,” kata Adun Chenderiang,...

Pemuda Pas ucap ‘tahniah’ kepada DAP Perak dan parti sekutu

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS secara sinis menitipkan ucapan tahniah kepada DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama kerana kejayaan mereka menjatuhkan Menteri Besar, Datuk...

Sidang DUN ditangguh untuk urusan mengadap Sultan Perak

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat keputusan menangguhkan sidang sehingga Rabu, 9 Disember. Hal ini dimaklumkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir...

Sokongan global perlu bagi tangani COVID-19

PUTRAJAYA: Usaha setiap negara menentang penularan COVID-19 ketika ini perlu mendapat sokongan dan kerjasama di peringkat global. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata saling...

Muhasabah Diri Peja – Farhash

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihati Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya bermuhasabah diri setelah...

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.

Menurut peguam utama PKR William Leong, mahkamah dimaklumkan plaintif tidak dapat menyampaikan writ saman itu di kedua-dua alamat kediaman dan pejabat Zuraida.

“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 16 November ini,” kata Leong menerusi aplikasi WhatsApp selepas prosiding pengurusan kes itu di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris yang dijalankan menerusi e-review (dalam talian) hari ini.

Leong berkata, plaintif telah menghantar pemakluman menerusi pos berdaftar kepada Zuraida memintanya melantik peguam untuk menerima writ saman tersebut bagi pihaknya.

“Kami dalam proses membuat janji temu untuk beliau menerima saman berkenaan. Pengurusan kes akan datang adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada mahkamah berhubung kes ini serta mendapatkan arahan selanjutnya,” kata Leong.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti pada 2 Oktober lalu, mendakwa Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menandatangani suatu bon pada 25 April 2018 yang mengikat beliau untuk membayar RM10 juta kepada parti seperti yang dinyatakan dalam syarat dan terma bon itu.

PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju untuk membayar sejumlah RM10 juta dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara, termasuk beliau keluar parti atau menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat Bebas selepas menang pilihan raya atas tiket PKR.

Parti itu juga mendakwa pada 24 Februari, Zuraida dalam kenyataan bersama-sama 10 lagi ahli Parlimen PKR, mengumumkan keluar parti tanpa melepaskan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Ampang, dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) dengan parti pembangkang lain termasuk Barisan Nasional, Pas dan Gabungan Parti Sarawak.

PKR berkata, kerajaan persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kemudian ditumbangkan oleh PN dan defendan dilantik sebagai menteri.

Pada tarikh sama, PKR mendakwa Majlis Pimpinan Pusat parti meluluskan resolusi untuk memecat Zuraida daripada parti berkuat kuasa serta-merta dan mengeluarkan sijil bertarikh 24 Julai yang mengesahkan penamatan keahlian beliau.

Pada 7 Ogos, PKR mendakwa ia, menerusi peguam parti telah mengeluarkan surat tuntutan meminta Zuraida membayar RM10 juta selaras dengan terma bon, namun parti mendakwa defendan gagal/enggan membayar jumlah itu secara keseluruhan mahupun sebahagian.

Plaintif juga mendakwa ia berhak menuntut RM10 juta daripada defendan kerana beliau meletak jawatan sebagai ahli parti namun tidak sebagai Ahli Parlimen Ampang, iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket parti, menggunakan logo, lambang, bendera, perkhidmatan dan sokongan parti, yang mana menyebabkan parti kehilangan manfaat dan kelebihan mempunyai ahli Parlimen di Dewan Rakyat serta menjadi sebahagian daripada kuasa eksekutif.

Plaintif berkata, ia bersandar pada Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang memberikannya hak untuk mendapatkan semula ganjaran dan faedah berjumlah RM2,049,459.20 yang dinikmati oleh defendan selepas dipilih sebagai calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjadi Ahli Parlimen Ampang.

Sehubungan itu, plaintif memohon sejumlah RM12,049,459.20 menurut Seksyen 71 Akta Kontrak, merangkumi RM10 juta di bawah bon dan RM2,049,459.20 bagi ganjaran dan faedah yang diterima defendan selaku ahli Parlimen serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah kerajaan PH dengan kadar faedah lima peratus setahun serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

I miss you guys sometimes actually, seriously kata Peja kepada Adun PH

CYBERJAYA: “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.I miss you guys sometimes actually, seriously,” kata Adun Chenderiang,...

Pemuda Pas ucap ‘tahniah’ kepada DAP Perak dan parti sekutu

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS secara sinis menitipkan ucapan tahniah kepada DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama kerana kejayaan mereka menjatuhkan Menteri Besar, Datuk...

Sidang DUN ditangguh untuk urusan mengadap Sultan Perak

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat keputusan menangguhkan sidang sehingga Rabu, 9 Disember. Hal ini dimaklumkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir...