KKM Jangka 4 Minggu Lagi Ratakan Lengkungan Jangkitan Covid-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan lengkungan pandemik Covid-19 dapat diratakan dalam tempoh empat minggu akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) negara pada minggu ini adalah 1.2 iaitu menurun selepas 1.5 dilaporkan minggu lalu.

“Sekiranya nilai 0.3 dapat dicapai, kita berjaya meratakan lengkungan Covid-19,” katanya.

Menurutnya, meskipun nilai Rt menyusut setiap minggu, namun kes baharu meningkat setiap hari secara konsisten.

“Walaupun nilai Rt berjaya dikurangkan pada minggu ini, ia masih lagi (usaha) tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai keupayaan untuk menurunkan kadar kes menjadi dua atau satu digit berdasarkan pengalaman lalu.

“Sebanyak 50 peratus kes positif Covid-19 dilaporkan adalah daripada penjara dan pusat tahanan dan kes jangkitan di Depot Tahanan Imigresen sebelum ini juga berjaya dibendung dengan baik,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dalam usaha mengurangkan nilai Rt tersebut, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) perlu dilakukan di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Selangor dan Sabah.

“Di Pantai Timur Sabah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kita dapat melihat hasil positif iaitu penurunan kes,” katanya.

Nilai Rt direkodkan pada gelombang ketiga Covid-19 sejak 20 September lalu adalah 2.2.

Negara mencatatkan nilai Rt tertinggi pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu dengan kadar 3.5.

Sebelum ini, dalam unjurannya, KKM mengjangkakan sebanyak 1,300 kes harian positif Covid-19 menjelang hujung bulan ini. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat