CYBERJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah agama Islam sebagaimana yang dapat disaksikan dunia baru-baru ini menerusi ucapan populis serta penerbitan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW.
Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin, berkata Malaysia adalah sebuah yang demokratik dan sederhana.
“Malaysia menjunjung hak kebebasan bersuara serta hak asasi manusia,
“Walaubagaimanapun, mencemarkan serta mengeji Nabi Muhammad SAW yang dianggap paling mulia dalam agama Islam telah melangkaui batas hak tersebut,” tegas beliau.
Katanya lagi, tindakan tersebut bersifat provokatif dan tidak menghormati agama Islam serta lebih dua bilion penganutnya di seluruh dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan amalan islam yang sederhana dengan kepelbagaian agama dan bangsa akan mempromosikan dan akan terus mengekalkan hubungan harmoni dan aman dikalangan mereka yang berbeza kepercayaan dan tetapi juga dalam konteks global yang pelbagai.
“Malaysia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan perasaan saling menghormati kepercayaan agama masing-masing,
“Dan kita akan pastikan golongan pelampau agama dapat dielakkan di semua peringkat, katanya.
Sebelum itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mempertahankan tindakan seorang guru sejarah, Samuel Paty yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.
Guru tersebut telah menayangkan beberapa lukisan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW kepada para pelajarnya.
Disamping itu, Emmanuel juga telah memberi anugerah khas kepada Samuel Paty “Légion d’honneur” di dalam satu majlis yang telah diadakan di Universiti Sorbonne pada 21 Oktober lepas.
Peristiwa itu telah menyebabkan guru tersebut dibunuh dengan kepalanya dipenggal oleh seorang pelajar muslim sebagai tindak balas terhadap gurunya yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa pembunuhan tersebut berlaku pada 16 Oktober lepas di sebuah sekolah di Perancis.
SuaraTV