Ahli Parlimen Perlu Sokong Belanjawan 2021 – Pengarah Eksekutif MTE

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kesemua Ahli Parlimen perlu menghayati titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyokong Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen pada 6 Nov ini.

Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata sokongan tersebut penting kerana Belanjawan 2021 diperlukan dalam usaha melawan pandemik COVID-19 dan memastikan kelangsungan ekonomi negara secara keseluruhannya.

“Apa yang kita nak sampaikan kepada semua Ahli Parlimen ialah isu politik itu adalah (cuma isu) di antara mereka, tetapi apa pun yang berlaku mereka perlu memastikan bahawa negara mempunyai peruntukan mencukupi.

“Sehingga hari ini, kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk melawan COVID-19, dan sekarang ini kita berhadapan dengan gelombang ketiga, jadi saya percaya kita perlu menyediakan peruntukan mencukupi,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk ‘Titah Agong Amanat Dijunjung’ yang disiarkan di Bernama TV, malam tadi – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat