Hasil Bumi Malaysia Cukup Untuk Semua Jika Tidak Dikuasai Golongan Tamak – Anwar

SANDAKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kekayaan hasil bumi Malaysia seharusnya dinikmati oleh seluruh rakyat dan bukan dikuasai oleh segelintir pihak yang tamak.

Mengakhiri Jelajah Himpunan Temu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi di Sandakan malam tadi, Anwar mengingatkan rakyat tentang pentingnya memilih pemimpin yang amanah.

Beliau turut memetik kata-kata Mahatma Gandhi:

“There is enough on this earth for everyone’s need but not everyone’s greed.”

Anwar berkata, kata-kata itu menjadi peringatan bahawa sumber negara yang melimpah sebenarnya mampu menjamin kehidupan selesa untuk semua rakyat, asalkan ia tidak dibolot oleh pihak yang mementingkan diri sendiri.

“Namun jika kekayaan negara dibolot oleh segelintir yang tamak, rakyatlah yang akhirnya merana. Justeru, saya ingatkan agar kita mesti berdiri teguh menyokong pemimpin yang tidak merompak harta negara,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyeru rakyat Sabah agar tidak mudah terpengaruh dengan cubaan pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan masyarakat.

Menurutnya, hubungan erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri kini telah membuahkan hasil, termasuk usaha menyelesaikan masalah rakyat dan membawa manfaat untuk semua lapisan masyarakat.

Anwar turut menyatakan keyakinan bahawa pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini akan memperlihatkan iltizam kerajaan MADANI untuk terus membantu rakyat, memperkukuh ekonomi serta memastikan kesejahteraan seluruh masyarakat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat