LARIAN KELUARGA MALAYSIA 2024 BERJAYA HIMPUN HAMPIR 5,000 PENYERTAAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR 27 September 2024 – Larian Keluarga Malaysia (LKM)
2024 yang pertama kali dianjurkan oleh Yayasan Keluarga Malaysia (YKM)
pada Ahad, (29 September 2024) ini telah menarik hampir 5,000
penyertaan merentasi pelbagai negara dan peringkat usia.

Pengerusi YKM yang juga Perdana Menteri Kesembilan Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sambutan di luar jangka ini turut mendapat penyertaan daripada 10 negara seperti Kenya, Mesir, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Indonesia.

“Larian Keluarga Malaysia 2024 merupakan acara larian yang kali pertama dianjurkan oleh YKM dan penyertaan diterima amat memberangsangkan.

Sebelum ini, YKM menyasarkan sebanyak 3,000 peserta sahaja,
bagaimanapun sambutan amat luar biasa.

“Larian Keluarga Malaysia 2024 adalah larian amal untuk mengumpul dana
bagi membantu anak-anak yatim dan yatim piatu yang kehilangan ibu,
bapa, ibu bapa atau penjaga akibat pandemik COVID-19,” kata Dato’ Sri
Ismail Sabri Yaakob.

Penaja-penaja LKM 2024 ialah PERODUA, Perbadanan Usahawan
Nasional Berhad (PUNB), Shopee Malaysia Sdn Bhd, Affin Bank, Institut
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Hotel Holiday Villa, Koperasi Al-Najah, Hotel IDEAS Kuala Lumpur, Yayasan AEON Malaysia, Kajang Plaza Medical Centre dan Optimax Eye Specialist Centre.

Pada masa yang sama, Dato’ Sri Ismail Sabri melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang menyokong larian ini khususnya rakan strategik,
Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (YAKEB) dan agensi yang terlibat
seperti, Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Angkatan Pertahanan Awam,
Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan
Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Pada larian yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu kategori 5km (fun run)
10km (race) dan 21km (half marathon), Dato’ Sri Ismail Sabri akan
menyertai acara ‘fun run’ untuk lima kilometer bersama bekas Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba dan lebih 40 anak- anak yatim dan yatim piatu YKM bermula pukul 7.15 pagi.

Sebelum itu, beliau akan melepaskan peserta bagi kategori 21km pada jam
6.30 pagi dan 10km (pukul 7.00 pagi).

Duta LKM yang juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama
Ketua Pemuda UMNO, YB Datuk Dr. Akmal Salleh dan bekas Ahli
Parlimen Bangi, Ong Kian Ming akan menyertai kategori 10km manakala
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menyertai
kategori 21km (half marathon).

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani serta kepemimpinan tertinggi PUNB akan turut menyertai LKM 2024.

Pada hari Sabtu, 28 September ini akan diadakan Race Pack Collection bagi peserta-peserta yang telah mendaftar di Dewan Semarak, Cyberjaya
bermula jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Para peserta dinasihatkan untuk datang awal bagi mengelakkan kesesakan dan barisan pengambilan baju yang panjang.

Cabutan bertuah bernilai lebih RM70,000 akan menanti para peserta yang mendaftar seperti sebuah kereta Perodua Axia, pakej percutian, pakej
penginapan dan sarapan, televisyen, basikal, peralatan elektrik serta
pelbagai hadiah menarik lagi.

YKM memerlukan dana sekurang-kurangnya RM5 juta setahun untuk
memastikan kira-kira 1,000 anak yatim di bawah kendaliannya mendapat
pendidikan yang sempurna dan memastikan kebajikan mereka terbela.

Maklumat lanjut mengenai Yayasan Keluarga Malaysia boleh didapati di laman web https: yayasankeluargamalaysia.org.my atau hubungi talian 0322027493.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat