Polis Serbu Premis Curi Elektrik, Penyelia Kilang Ditahan

- Advertisement -

IPOH – Polis Perak berjaya menumpaskan kegiatan curi elektrik terbesar di negeri ini tahun ini membabitkan anggaran kerugian bernilai RM1.3 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejayaan itu hasil serbuan yang dilakukan polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang dibantu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke atas sebuah premis perniagaan sejuk beku di Hutan Melintang semalam.

“Premis ini disyaki menggunakan elektrik secara haram melalui penyambungan dan pengubahsuaian wayar di bilik pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Semasa serbuan didapati terdapat pintasan pada litar arus pendua S1 dan S2 bagi ketiga-tiga fasa pada terminal alat ubah dengan menggunakan wayar asing,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata, hasil serbuan polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang juga penyelia kilang berkenaan dan direman empat hari.

“Polis turut menahan seramai 57 orang warganegara asing terdiri daripada 45 warga Myanmar, lapan warga Indonesia, Vietnam (3) dan Bangladesh (1) dan direman 14 hari hingga 10 Oktober ini.

“Kesemua warganegara asing berkenaan ditahan atas kesalahan mengikut 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya.

Katanya, premis itu disyaki menggunakan elektrik secara haram melalui pengubahsuaian di bilik pencawang TNB sejak 2016.

“Mengikut kebiasaannya, kalau tidak menggunakan kepandaian mencuri elektrik, kilang ini kalau hendak diikutkan sepatutnya membayar dalam RM90,000 bil elektrik.

“Tetapi, apabila dibuat ubahsuai menggunakan ‘wiring’ dan sebagainya, dia hanya membayar RM15,000 sahaja,” katanya.

Menurutnya, kilang berkenaan pernah dikompaun sebanyak lima kali dengan setiap kompaun bernilai RM20,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat