Tiga Lokaliti Di Pahang, Empat Di Perak Dikenakan PKPD Bermula Rabu – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga rancangan Felda di Bera, Pahang dan empat kampung dalam Perkampungan Orang Asli Seri Makmur, Tanjung Rambutan di Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini hingga 12 Oktober depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, tiga Felda yang terbabit adalah Felda Rentam, Felda Tementi dan Felda Sebertak.

“PKPD di Perkampungan Orang Asli Seri Makmur pula meliputi Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang dan Kampung Dollah,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook pada Isnin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Sementara itu Rodzi berkata, PKPD di Kampung Orang Asli Gangai, Mukim Slim, Mualim di Perak ditamatkan pada Selasa lebih awal dari yang dijadualkan pada 6 Oktober.

PKPD di beberapa lokaliti lain turut ditamatkan pada Selasa mengikut jadual iaitu Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong, Raub dan Kampung Paya Pelong, Kerdau, Temerloh di Pahang serta Kampung Rugading, Kota Marudu dan Kilang Fu Yee, Brantian, Kalabakan di Sabah.

“Selain itu, PKPD di dua lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah melibatkan Kampung Warisan dan Rumah Pangsa Tanjung Aru juga ditamatkan esok seperti yang dijadualkan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat