YBR Sumbang RM25,000.00 Buat Sekolah Terjejas Banjir Di Yan, Kedah

- Advertisement -

YAN, 26 September 2021 – Bersempena dengan Program Penyerahan Sumbangan Kepada Usahawan dan Keluarga Terjejas Banjir anjuran Bank Rakyat dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di Yan, Kedah.

Yayasan Bank Rakyat melalui satu kenyataan media berkata, Pengerusinya, Dato’ Mohammad Radhi Abdul Razak, turut menyumbang RM25,000 kepada 5 buah buah sekolah (RM5,000 untuk sebuah sekolah) yang terjejas di daerah Yan, Kedah.

Pegawai SISC & Pendidikan Daerah, Ruslan Ahmad mewakili sekolah-sekolah yang terjejas menerima sumbangan tersebut yang disaksikan oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang turut hadir bagi menyempurnakan program penyerahan sumbangan tersebut.

Sekolah-sekolah terjejas yang menerima sumbangan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Yan, Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) York Koon dan Maahad Tahfiz Al-Fityan.

Turut hadir di majlis penyerahan sumbangan ini adalah Timbalan Menteri MEDAC, YB Muslim Yahya, Ketua Setiausaha MEDAC, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd
Rani Lebai Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat