Langkah Jadikan Malaysia Mesra Pelabur, RCI TH Tumpuan Parlimen Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Langkah menjadikan Malaysia negara mesra pelabur pasca COVID-19 bagi menarik pelaburan daripada syarikat gergasi antarabangsa menjadi antara isu bakal dikupas pada persidangan Parlimen, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang akan diajukan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO-Baling) pula akan meminta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dalam menyiasat isu melibatkan pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji.

Abdul Azeez turut meminta jawapan mengenai adakah skop siasatan yang akan dilaksanakan merangkumi siasatan Pelan Pemulihan TH.

Dalam sesi soal jawab lisan itu juga, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (UMNO-Lenggong) meminta Perdana Menteri menyatakan berdasarkan keadaan dan situasi semasa pandemik COVID-19 di dalam negara, adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘Total Lockdown’ seperti pernah dilakukan pada tahun 2020 bagi menurunkan bilangan kes positif.

Selesai sesi soal jawab lisan, dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada 11.30 pagi.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 adalah sidang Parlimen yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat